[VIDEO] Terbongkar! Ini Sebab Sebenar Mengapa Ritual Dilakukan Segera Di Tempat Pembunuhan Stesen Minyak Taman Pelangi, ”Ritual” Gemparkan!!!!
Artikel ini di ambil dari sumber di internet. Sila rujuk link yang diberikan di akhir artikel untuk ke sumber asal. Terima kasih kerana membaca.
JOHOR BAHRU: Stesen minyak yang menjadi tempat pembunuhan seorang ketua kumpulan kongsi gelap di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini pada malam Ahad, sekali lagi mencuri tumpuan pada Rabu.
Ini berikutan terdapat upacara ritual dilakukan di tempat kejadian bagi memangggil semula roh mangsa yang terbunuh.
Upacara bermula pada 4.49 petang dengan dilakukan oleh dua sami sambil dihadiri dua wanita dipercayai isteri mangsa dan rakannya.
Beberapa anggota polis dan media daripada pelbagai organisasi turut berada di lokasi kejadian sejak pukul 3.30 petang bagi mengawal keselamatan dan membuat liputan mengenai upacara itu.
Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, upacara sedemikan penting kerana roh seseorang yang mati secara tragik misalnya membunuh diri dan dibunuh akan berkeliaran di kawasan lain selepas insiden dan perlu dipanggil balik ke tempat asal (rumah) bagi memastikan rohnya tenang.
Upacara tamat pada pukul 5.30 petang.
Dalam kejadian Ahad lepas,mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.
Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian pembunuhan lelaki itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.
Justeru, usaha untuk menjejaki dan memburu keempat-empat suspek sedang giat dijalankan.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.
Sementara itu, di Nirvana Memorial Centre, Jalan Gelang Patah-Skudai pagi,, beberapa anggota keluarga mangsa dilihat sedang sibuk membuat persiapan untuk upacara penghormatan terakhir kepada mangsa.
Media yang hadir dengan niat untuk menemubual anggota keluarga mangsa dilarang mendekati tempat upacara. Mayat mangsa juga difahamkan akan dikebumikan di sebuah taman peringatan di Melaka pada Khamis ini memandangkan mangsa berasal dari sana. – Bernama
Sumber : mstar
Dibayar Lebih RM30,000 Jika Bunuh Mangsa Shell Taman Pelangi.
Pada semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, ada pihak yang didakwa menawarkan ganjaran sehingga lebih RM30,000 untuk memburu lelaki yang mati ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, sebulan sebelum kejadian pada malam Ahad lalu.
Sumber dipetik China Press melaporkan mangsa mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Sumber itu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mahu membalas dendam akibat pertikaian wang dalam urus niaga dadah sehingga sanggup menawarkan ganjaran tinggi untuk membunuhnya.
Sin Chew Daily pula melaporkan mangsa dibunuh kerana “dianiaya” berhutang RM150,000 dengan pihak tertentu. Akhbar itu melaporkan mangsa sudah membayar RM100,000 dan gagal membayar baki RM50,000 kepada kumpulan 4 lelaki itu selepas tamat tempoh ditetapkan.
Menurut laporan itu, sumber mendedahkan ada pihak menawarkan ganjaran di Facebook sejak sebulan lalu, iaitu RM23,888 untuk sebarang maklumat sehingga menemui mangsa dan RM32,888 jika berjaya menyerahkan lelaki itu.
0 comments