S3KS SONGSANG TIDAK HARAM, ASALKAN DILAKUKAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG – PROFESOR DR SITI MUSDAH MULIA
ISLAM tidak boleh bergantung kepada hukum akal dan populariti semata-mata memandangkan kita menjadikan Al Quran dan Hadis Nabi sebagai panduan kita. Tindakan beberapa pihak cuba mengubah kandungan AlQuran dan Hadis Nabi bagi menyesuaikannya dengan nafsu songsang sesetengah golongan amat dikesali.
Profesor Dr Siti Musdah Mulia cuba melawan arus apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran.
Beliau dilihat cuba merosakan akidah umat Islam dengan mengatakan yang prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam). Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.
0 comments